2.0 FAKTOR-FAKTOR
PENYALAHGUNAAN DADAH
Terdapat beberapa faktor penting atau secara umum yang
telah dikenalpasti sebagai penyebab utama kepada peningkatan penagihan dadah di
Malaysia iaitu faktor diri sendiri, persekitaran dan masyarakat, rakan sebaya,
sekolah dan ibu bapa. Faktor-faktor ini merupakan faktor risiko seseorang itu
terlibat dengan penagihan dadah.
2.1
FAKTOR DIRI SENDIRI
Individu
yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba. Perasaan
ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka untuk lari
daripada terlibat dengan dadah. Remaja merupakan mereka yang mudah mempunyai
perasaan ini kerana pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang
baru, mula berputik. Kajian menunjukkan peratusan tertinggi penagih baru adalah
remaja. Mengikut statistik pada Januari hingga Disember 2005 remaja berumur
antara 20 sehingga 24 tahun menunjukkan jumlah penagih baru yang tertinggi
iaitu sebanyak 4018 orang iaitu 26% daripada penagih baru pada tahun tersebut.
Hal ini sangat membimbangkan kerana remaja adalah aset negara yang harus
dijaga.
Selain
itu, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah cenderung untuk
berseronok. Keseronokan juga merupakan sebab utama kenapa remaja mencuba dadah.
Sifat remaja yang suka kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan kepada
diri sendiri menyebabkan mereka mencuba dadah. Hasilnya remaja mula ketagih dan
menjadikan dadah sebagai medium utama untuk berseronok. Statistik pada bulan
januari hingga disember pada tahun 2005 menunjukkan sebab utama mereka mencuba
adalah untuk keseronokkan. Dan ia menunjukkan peratusan yang agak tinggi pada
tahun tersebut iaitu sebanyak 9.2%.
Selain itu, faktor tekanan jiwa juga merupakan penyebab
utama seseorang itu mengambil keputusan untuk mencuba dadah sebagai medium
utama bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi. Menurut Roberts(1997), kadar
kemurungan meningkat sebanyak dua kali ganda pada zaman remaja berbanding pada
zaman kanak-kanak dan kadar ini meningkat lagi apabila remaja terbabit menginjak
usia dewasa. Kini, remaja bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk belajar
di sekolah semata-mata. Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga
dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah. Apabila
tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku sehingga mereka tidak mampu lagi
berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat
membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.
Selain itu, faktor diri sendiri yang tidak mempunyai
kekuatan untuk menolak dadah menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal untuk
terlibat dengan dadah. Mereka tidak punyai kekuatan untuk lari daripada menyalahgunakan
dadah. Hal ini di dorong oleh kelemahan dalam mengawal nafsu dan kekurangan
ilmu dalam agama serta perasaan tidak takut pembalasan di akhirat kelak kerana
mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan diri sendiri. Kesedaran yang kurang
tentang bahayanya dadah menyebabkan mereka mudah menjerumuskan diri ke arah
yang negatif. Kesedaran dalam diri itu penting kerana ia merupakan faktor
pelindung yang dapat melindungi diri kita daripada terlibat dengan najis dadah.
2.2
FAKTOR RAKAN SEBAYA
Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama
berlakunya penagihan pada zaman remaja. Hal ini kerana, kajian menunjukkan
ramai remaja yang terlibat dengan dadah akibat daripada terpengaruh dengan
rakan sebaya. Statistik pada bulan januari hingga disember 2005 menunjukkan
pengaruh rakan berada pada kedudukan yang tertinggi iaitu sebanyak 6573 orang
penagih baru dan 7203 orang penagih berulang dengan peratusan sebanyak 41.9%
daripada jumlah keseluruhan penagih. Hal ini demikian, kerana kebanyakkan masa
remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan
yang bersesuaian harus dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya
rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah ia
secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan
mereka.
Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan
gejala ini menjadi lebih serius. Inginkan penerimaan daripada rakan-rakan juga
menyebabkan seseorang itu mula terlibat dengan dadah. Remaja juga inginkan
kuasa atau pengaruh yang kuat daripada rakan-rakan yang lebih berpengaruh, hal
ini menjadikan mereka diterima oleh rakan sebaya. Berkawan dengan rakan-rakan
yang tidak sihat menyebabkan remaja mudah terjerumus dengan kancah penagihan
dadah. Pengaruh rakan yang kuat menyebabkan seseorang individu tidak dapat
melarikan diri daripada terlibat dengan dadah. Pergaulan yang bebas antara lelaki
dan perempuan pada zaman sekarang menyebabkan remaja perempuan turut sama
terlibat dengan dadah. Semakin lama semakin ramai remaja perempuan terlibat
dengan dadah. Sebagai contoh, pengaruh daripada teman lelaki menyebabkan remaja
perempuan terikut-ikut dan menyerahkan dirinya kepada teman lelaki tersebut
untuk diperlakukan dengan perkara yang membawa kepada keburukkan.
2.3 FAKTOR IBU BAPA
Ibu bapa merupakan insan yang telah mendidik dan memberi kasih sayang kepada kita sejak dari
kecil lagi. Mereka telah banyak berbakti kepada kita tanpa kita sedari. Namun,
apa yang menjadi keburukkannya ialah apabila ada segelintir ibu bapa yang
kurang perihatin terhadap anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka boleh
terjerumus ke kancah penagihan dadah. Hal ini memang tidak dapat dinafikan
terutamanya dalam era mengejar kemewahan dan
kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari
nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang penting
untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama
anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan
yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa.
Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke arah gejala
sosial yang terlampau seterusnya ke lembah penagihan najis dadah dan mereka
hanyut di bawa arus kehinaan.
Selain
itu, kurangnya didikan agama oleh ibu bapa juga menjadi salah satu penyebab mengapa
individu mudah terlibat dengan dadah. Hal ini berlaku kerana, ibu bapa tidak
memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia serba moden
ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan
akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati
melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama. Mereka juga tidak dapat
membezakan antara dosa dan pahala. Pengetahuan tentang dosa dan azab siksaan di
neraka yang amat pedih dan perit yang kurang didedahkan menyebabkan mereka
tidak mempedulikan dan ambil kesah.
Ibu bapa juga kurang faham dari segi didikan agama
menyebabkan mereka tidak berupaya mengamalkan ajaran-ajaran islam yang sebenar
kepada anak-anak mereka. Kurang kasih sayang daripada ibu bapa juga menyebabkan
anak-anak tidak mendapat perhatian yang secukupnya daripada mereka. Ibu bapa
yang sibuk bekerja dan ibu bapa yang mengelak atau tidak bertanggungjawab untuk
menjaga anak-anak menyebabkan anak-anak terabai. Anak-anak akan merasa
kesunyian dan rasa tidak diambil perhatian dalam setiap tindakan yang
dilakukan. Hal ini menyebabkan mereka memberontak dan apabila anak-anak
memberontak ibu bapa hanya mengambil tindakan dengan memarahi mereka tanpa usul
periksa dan hanya dapat menyalahkan mereka. Apabila ada ibu bapa yang memarahi
dan menyalahkan mereka, mereka akan cepat terasa dengan tindakan ibu bapa dan
cuba menjauhkan diri daripada ibu bapa seterusnya mencari rakan-rakan sebaya
yang dapat beri keseronokkan.
2.4
FAKTOR SEKOLAH
Sekolah memainkan peranan yang penting bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi
rohaniah, lahiriah dan jasmani. Namun, apa yang menduka citakan apabila sekolah
dijadikan sebagai tempat berlakunya gejala buli, samseng, berjudi dan yang
paling membimbangkan adalah sebagai tempat mengedar dadah. Remaja mula terjebak
dengan dadah sejak dibangku sekolah sangat berleluasa sekarang sehingga kurang
kawalan oleh pihak sekolah. Sekolah dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah
kepada remaja yang ingin mencuba dan ingin mendapat perhatian daripada
rakan-rakan mereka.
Menurut
Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan Azmi Md
Deros(2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya jalinan
hubungan yang rapat untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya tidak
mudah terjebak dalam gejala penagihan dadah. Beliau menjelaskan bahawa hampir
lima juta pelajar sekolah di negara ini terdedah kepada dadah kerana mereka
menjadi sasaran utama pengedar yang bermotifkan keuntungan. Oleh itu, guru dan
ibu bapa perlu meningkatkan peranan mereka di sekolah untuk memastikan tidak
ada pelajar atau anak mereka yang terjebak dalam masalah penagihan dadah.
Di
Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian
tinggi(IPT) yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan
memerlukan tindakan segera semua pihak. Dalam tempoh januari hingga disember
tahun 2006, seramai 134 orang pelajar terbabit atas kesalahan dadah mengikut
pelbagai seksyen. Hal ini menunjukkan, peningkatan lebih 45 peratus berbanding
bagi tempoh sama pada tahun 2005. Sehubungan itu, apa yang penting ialah
mencari punca kepada permasalahan itu sehingga ke akar umbi. Masalah tidak akan
selesai selagi puncanya tidak dihapuskan. (Berita Mingguan, 29 April 2007).
2.5
FAKTOR MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN
Faktor masyarakat juga merupakan faktor yang menyumbang
kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Persekitaran yang negatif
seperti masyarakat sekitarnya banyak yang terlibat dengan dadah menjadi
penyumbang utama kepada keinginan remaja untuk mencuba dadah itu sendiri. Remaja
yang pada awalnya bebas dengan dadah mula berjinak-jinak dengan benda tersebut
setelah melihat sendiri di depan mata cara bagaimana dadah itu digunakan.
Setelah melihat sendiri di depan mata, perasaan ingin mencuba itu timbul dalam
diri individu. Reaksi daripada penagih yang tenang dan dikatakan dadah itu
sedap dan dapat melegakan tekanan menambahkan lagi perasaan ingin mencuba itu. Remaja
mula terpengaruh dengan persekitaran mereka apabila melihat ada segelintir
rakan-rakan atau kawasan persekitaran yang negatif kerana kebanyakkannya
menagih.
Selain itu, bekalan dadah yang mudah didapati juga
menjadi faktor pendorong remaja mula menjinakkan diri ke arah penyalahgunaan
dadah. Bekalan dadah yang mudah didapati di kawasan perbandaran dan di kawasan
sempadan negara menyebabkan bekalan dadah mudah masuk ke Malaysia. Hasil
tangkapan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM)
menunjukkan bahawa penyeludupan dadah sering diseludup melalui lapangan terbang
utama dan kawasan pelabuhan di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan, sehingga
ada segelintir rakyat Malaysia yang
menjadi ‘keldai dadah’.
Selain
itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Hairulazim Mahmud(2005) juga
mengakui masalah dadah sememangnya serius di kawasan tanah Felda. Hai ini
kerana, pandangan serong masyarakat
sekeliling terhadap penagih dadah. Mereka mengganggap penagih dadah sebagai
sampah masyarakat, kotor, jijik. Masyarakat setempat yang mudah melabel
seseorang walaupun mereka telah pun berubah menyebabkan mereka berputus asa
dengan kehidupan dahulu dan sekarang. Jadi mereka tiada tempat hendak di tuju, dan
mengambil keputusan untuk menagih lagi. Mereka menjadi tiada tempat
kebergantungan untuk menyara diri dan membuat keputusan untuk terlibat semula
dengan dadah. Tekanan berada di kampung dan ditambah dengan perspektif
masyarakat yang negatif terhadap dirinya, membuatkan bekas penagih kembali ke kancah penagihan dadah semula.
salam..boleh sy copy bahan kamu sedikit utk dijadikan bahan krngan??tq..
ReplyDeleteboleh2, xde masalah
Deleteassalamualaikum. boleh saya copy tak untuk dijadikan bahan folio?
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu dan maklumat.semoga memberi manfaat bersama
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu dan maklumat.semoga memberi manfaat bersama
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian yang amat berguna.
ReplyDeletemohon copy untuk rujukan.. tq..
ReplyDeletemohon copy untuk rujukan.. tq..
ReplyDeletebolehh takk nak copy nak buad sumber rujukan . masehh yee
ReplyDeletesaya copy ye akak :) thank youuuu
ReplyDeleteAmbil sikit info dari sini untuk assingment anak...tk.
ReplyDeleteMohon copy untk assignment
ReplyDeleteMohon copy untk assignment
ReplyDeleteSalam. Mohon copy utk pencerahan assignment. Tk ya
ReplyDeleteSYUKRAN...
Deletesaya copy sebagai rujukan .Terima kasih :)
ReplyDeletesaya copy untuk kerja kerja folia ..terimakasih daun keladi
ReplyDeleteFaktor sosial berkait dengan faktor yg mana ye...
ReplyDeleteSELAMAT DATANG DI WEBSITE SAHABATKARTU
ReplyDeleteAGEN DOMINO 99 TERBAIK DI INDONESIA
=====================================
DENGAN 1 USER ID ANDA BISA MAINKAN 8 GAME
- POKER
- DOMINO99
- ADUQ
- CAPSA SUSUN
- BANDARQ
- BANDAR POKER
- SAKONG ONLINE
- BANDAR 66 ( NEW )
===================
- Proses Deposit & Withdraw Hanya 2 Menit
- Minimal DP & WD Cuma Rp. 20.000
- Dapatkan BONUS 0.5% Setiap Senin
- 100% ADMIN + 100% FAIR PLAY
- JACKPOT HARIAN HINGGA PULUHAN JUTA RUPIAH
=============================================
SAHABATKARTU Telah Support Lebih Banyak Bank Local :
BCA || MANDIRI || BNI || BRI || DANAMON
============================================
NB : TINGKATKAN TERUS NILAI T.O ANDA, SEMKIN TINGGI NILAI T.O ANDA
SEMAKIN BANYAK JUGA BONUS YANG ANDA DAPATKAN DI SAHABATKARTU
YANG DI BAGIKAN SETIAP HARI SENIN
===================================
AKSES KE LINK ALTERNATIF DI :
- www*Skartu99,com
- www*Skartu99,Net
- www.Skartu99,org
- www.Skartu99,info
=======================
SILAKAN HUBUNGI KAMI DI :
Livechat : www.Skartu99,com
W.A : +85581734028
PIN BB : 2BCDBEE2
Karangan Ini adalah sedap
ReplyDeleteIt's alsome man I love it
DeleteBOLEH SAYA MINTA IZIN COPY UNTUK DIJADIKAN BAHAN ASSINGMENT SAYA
ReplyDelete