Translate

Tuesday, November 6, 2012

KAUNSELING KERJAYA

Kerjaya sebagai seorang optometri...

            Pasti masih ramai yang tidak tahu apa itu optometri sebenarnya. Adakah ia merupakan sebuah kerjaya? Optometri ialah salah satu bidang profesional di sektor kesihatan yang masih kurang dan segi jumlah sumber manusia. Ketika ini terdapat 717 optometris di negara ini. Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara yang kini berjumlah 27.5 juta orang.
            Majlis optometri sedunia menetapkan nisbah ideal ialah seorang optometris bagi 10,000 penduduk. Hal ini bermakna, nisbah itu masih jauh untuk dicapai oleh negara kita akibat kekurangan optometris. Oleh itu, pengamal dalam bidang ini tidak mencukupi bagi meningkatkan keperluan pasaran. Taraf kesihatan yang semakin baik menyebabkan ramai mempunyai jangka hayat lebih panjang. Hal ini bermakna lebih ramai yang memerlukan pemeriksaan mata dan seterusnya bantuan seperti cermin mata atau kanta lekap.
Bidang tugas
            Optometris ialah individu yang terlatih dan mempunyai kelayakan akademik dalam bidang optometri yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan pengujian penglihatan, memberi khidmat nasihat mengenai masalah penglihatan, penyakit mata dan merawat gangguan fungsi sistem mata.
            Optometri ialah satu profesion kesihatan yang memerlukan kelayakan akademik di peringkat ijazah sarjana muda dan berdaftar. Secara amnya, optometris ialah pengamal kesihatan primer ke atas mata dan sistem visual, yang memberikan khidmat jagaan mata merangkumi pembiasan, diagnosis/pengurusan penyakit mata dan rehabilitasi keadaan sistem visual.
            Sebenarnya optometris berbeza dengan oftalmologis. Oftalmologis ialah doktor perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembedahan mata. Di hospital kerajaan misalnya, tugas utama optometris ialah memeriksa mata dan penglihatan pesakit, mengenal pasti masalah mata yang dihadapi pesakit disamping memberi khidmat rundingan mengenai cermin mata atau kanta lekap. Ia juga berbeza dengan juruoptik yang banyak membuka premis kacamata. Tugas juruoptik sepatutnya hanya berkaitan dengan kerja-kerja  racikan kanta cermin mata mengikut preskripsi.
Bidang ini merupakan satu bidang profesional sama seperti bidang perubatan pergigian, farmasi, kejuruteraan dan sebagainya. Bidang optometri ini secara umumnya adalah bidang penjagaan penglihatan.
Antara Bidang Pengkhususan Dalam Optometri Ialah (Mengikut Populariti Di Malaysia):
1. Kanta Lekap (Contact Lens)
2. Tahap Penglihatan Rendah (Low Vision)
3. Optometri Kanak-Kanak (Pediatric Optometry)
4. Juling & Penglihatan Binokular (Squint And Binocular Vision)
5. Penglihatan Berwarna (Colour Vision)
6. Penyakit Mata (Ocular Diseases)
7. Penglihatan Untuk Sukan (Sport Vision)
8. Neurologi Dan Sains Penglihatan (Neurology And Visual Science)


KATEGORI MENGIKUT RIASEC
Dari segi ciri peribadi, calon harus meminati profesion ini, berkemahiran matematik dan sains, berkebolehan melayani pesakit pelbagai umur dan latar belakang, dan sensitif terhadap perasaan pesakit. Selain itu, mereka juga perlu mempunyai nilai peribadi yang murni, cekap dan komited dalam pekerjaan. Mereka juga seorang yang mesra pelanggan dan bijak berkomunikasi. Bertanggungjawab dan proaktif serta boleh bekerjasama, sedia mendengar, tegas dan mempunyai perhubungan awam yang baik.
Kemahiran dari segi khusus pula melibatkan seseorang yang berpengetahuan dalam perkembangan dan peningkatan ilmu bidang optometri. Mereka juga berkemampuan membuat penilaian diagnosa dan merangka pelan rawatan penglihatan atau refraksi. Berkemahiran menggunakan peralatan optometri dan penjagaannya. Berkemahiran membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam bidang ini kepada mereka yang menceburi bidang ini. Selain itu, dapat memberi preskripsi cermin mata dan kanta sentuh yang bersesuaian kepada pesakit.
Secara keseluruhannya saya dapat lihat bahawa seorang optometris ini adalah seorang yang Investigatif Dan Sosial.

SPESIFIKASI PEKERJAAN
Keterangan tugas optometri
1.   Membuat pemeriksaan dan ujian mata pesakit. Diantara ujian yang dijalankan ialah:
·         Ujian penglihatan (visual acuity).
·         Ujian refraksi secara objektif dan subjektif bagi mngesan rabun jauh dan dekat.
·         Pemeriksaan penglihatan binokular bagi mengesan kejulingan mata dan amblyopia.
·         Pemeriksaan untuk mengesan diplopia, stereopsis dan supresi.
·         Pemeriksaan medan penglihatan (visual field).
·         Pemeriksaan penglihatan terhad (low vision).
2.   Mendapatkan maklumat sejarah diri pesakit dari segi penglihatan.
3. Bertanggungjawab menjaga, menyelaras penggunaan serta mengambil tindakan ke atas kerosakan peralatan yang terlibat.
4.   Menyebarkan pengetahuan tentang penglihatan kepada masyarakat.
5. Membantu pensyarah dalam memberi tunjuk ajar dan menyelia pelajar dalam bidang optometri.
6.  Mengenal pasti kes-kes yang memerlukan rawatan pakar mata.
7.  Memberi penerangan dan kaunseling kepada pesakit (ibu bapa/penjaga)
8.  Memantau perkembangan penglihatan pesakit dari semasa ke semasa.
9. Membuat diagnosa dan memberi preskripsi cermin mata dan kanta sentuh yang bersesuaian dengan pesakit.
10.  Mendapatkan maklumat terkini tentang bidang optometri.
11.  Bertanggungjawab menyediakan statistik kedatangan pesakit ke klinik.


SYARAT KELAYAKAN /LATIHAN
Walaupun landasan kerjaya ini bermula selepas pelajar memiliki sijil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk melanjutkan pengajian mengikuti program sarjana muda optometri di universiti awam atau swasta tempatan mahupun luar negara, namun peluang tetap ada untuk pelajar yang sedang menuntut di peringkat matrikulasi, prauniversiti dan universiti untuk menyambung pengajian anda.
Maklumat yang dikumpul menunjukkan ada dua landasan yang membolehkan pelajar daripada kumpulan di atas melanjutkan pengajian dalam bidang ini iaitu:
1. pelajar matrikulasi Kementerian Pelajaran atau Asasi Sains Universiti Malaya, program prauniversiti atau setaraf dengannya boleh mengikuti program Sarjana Muda Optometri. Syaratnya, selepas menamatkan pengajian di peringkat itu, pelajar boleh memohon ke peringkat ijazah pertama program itu di UKM, UiTM, UIAM, Universiti Twintech, MSU, atau Universiti Kolej SEGI.
2. pelajar yang memiliki diploma Sains, Sains Kesihatan atau Optik dari mana-mana universiti tempatan atau luar negara boleh memohon program Sarjana Muda Optometri di universiti. Syaratnya, pelajar perlu memperolehi diploma dengan pencapaian purata Nilai Gred Kumulatif yang baik seperti disyaratkan oleh sesebuah universiti itu.
Latihan di klinik dalaman semasa pengajian dapat membantu menerapkan budaya dan kemahiran usahawan kepada pelajar kerana sesuatu klinik optometri ialah pada asasnya satu perniagaan.
Sehubungan itu, untuk menjadi seorang optometris, calon harus memiliki Ijazah Sarjana Muda Optometri (ISMO) daripada universiti dalam atau luar negara. 

                                                                                                                                                                                                                                                 TEMPAT MENDAPAT KELAYAKKAN

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian ke program ini:
Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, matematik serta dua  kepujian daripada mata pelajaran sains. Pe1ajar ditawarkan program matrikulasi di UKM selama setahun sebelum ditawarkan program Sarjana Muda Optometri.
Cara kedua: Calon perlu lulus SPM dan kelulusan yang baik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat sekurang-kurangnya prinsipal D mata pelajaran kimia dan fizik. Calon yang mempunyai kelayakan ini akan ditawarkan terus ke Sarjana Muda di UKM.
Cara ketiga: Pelajar-pelajar yang memiliki Diploma dari universiti tempatan atau Universiti Teknologi (UiTM) juga boleh memohon program Sarjana Muda Optometri yang di tawarkan oleh UKM.
Cara keempat: UKM juga membuka peluang kepada mereka yang berpengalaman seperti juruoptik, ortoptis dan pembantu oftalmik untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dengan syarat mempunyai beberapa tahun pengalaman bekerja. Mereka juga harus lulus dengan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, fizik dan kimia.
Cara kelima: Untuk universiti-universiti di United Kingdom; Australia dan New Zealand, calon perlu mempunyai kelulusan yang setaraf dengan A-levels dan perlu lulus pelajaran fizik, kimia/biologi dan matematik. Universiti di Amerika Syanikat dan Kanada, calon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains di bidang biologi, kimia, biokimia atau psikologi.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pada masa ini UKM, satu-satunya universiti tempatan dan mungkin Asia Tenggara yang menawarkan program optometri di peringkat sarjana muda di bawah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Program ini mengambil masa selama 3 tahun. Selain itu, program ini juga ditawarkan di United Kingdom(UK), Australia, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat(AS).
            Di Britain program ini mengambil masa 3 tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains diikuti dengan latihan ‘housemanship’ selama setahun di praktis swasta atau hospital kerajaan sebelum graduan didaftarkan sebagai optometris bertauliah.
            Di Australia dan New Zealand, kursus optometri memakan masa selama 4 tahun dengan Ijazah Bacelor Optometri. Graduan adalah layak berdaftar terus tanpa memerlukan  sebarang latihan ‘housemanship’.
            Di Amerika Syarikat dan Kanada, kemasukkan untuk kursus ini memerlukan seseorang itu sekurang-kurangnya mempunyai 2 tahun pengajian di peringkat universiti di bidang sains. Tempoh pengajian profesional untuk Ijazah Doktor of Optometry memakan masa 4 tahun. Kalau dicampurkan dengan tempoh untuk mendapatkan Sarjana Muda Sains, jumlah tahunan kursus adalah 7 hingga 8 tahun.

 GAJI/PENDAPATAN
Lulusan bidang itu tidak menghadapi masalah kerana permintaan yang semakin meningkat. Profesion itu menawarkan pekerjaan yang luas dengan pendapatan lumayan. Hal ini berasaskan kepada permintaan yang tinggi memandangkan ramai penduduk yang  mencapai 40 tahun mungkin memerluka kanta pembetulan untuk membaca dan melakukan tugas harian.
Dalam sektor awam, pegawai optometri yang dilantik akan menerima gaji dan elaun permulaan hampir RM 2,900 sebulan. Banyak optometris berpengalaman bertukar kerjaya menjadi usahawan dengan membuka perniagaan persendirian di seluruh negara.

PROSPEK  
Jangkaan masa depan bagi bidang optometri adalah sangat cerah kepada mereka yang ingin menyelami bidang ini. Hal ini kerana, kekurangan dari segi jumlah sumber manusia seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan dan permintaan pasaran yang semakin meningkat menjadikan bidang ini menjadi perhatian. Taraf kesihatan yang semakin baik menyebabkan ramai mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Hal ini bermakna lebih ramai yang memerlukan pemeriksaan mata dan seterusnya meminta bantuan dari pakar mata. Penjagaan mata yang kurang dijaga kerana sering berhadapan dengan alat elektronik seperti komputer boleh menjejaskan penglihatan. Penglihatan yang baik dapat dibetulkan semula dengan menjalani rawatan optometri di klinik-klinik yang berdekatan. 


32 comments:

  1. kalau Bi B+ takpe ke mohon utk scholarship optometry

    ReplyDelete
  2. optometry ni lbih kpd physics ke? kalau phy x power sgt, blh ke? :3
    tlg reply, trima kasih ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..yup lebih kepada fizik (ada sikit2 biology)

      Delete
  3. Band muet untuk sarjana muda optometri universiti tempatan seperti Um,Ukm berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. um xde kos optometri. ipta yg ada kos opto cuma ukm, uitm n uia. band 2 pn ada tp kna msuk foundation english time 1st yr.

      Delete
  4. assalamualaikum.saya ingin mengetahui apakah kelayakan bagi pelajar lepasan sains matrikulasi .mohon maklum balas . terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam, klu xsilap dlu 2.60 pn dh boleh tuk UKM, tp skrg mgkn dh di naikkn, persaign tinggi. 4 flat pn ramai dlm opto ni.

      Delete
  5. selamat sejahtera kalau saya telah mengambil biology dalam stpm dan bukan fizik, masih ada peluang ke untuk dapat optometri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sahaja insyaAllah. ramai shj student sains hayat dalam kos opto ni.

      Delete
  6. Optometri blh dpt tak kerja di hospital kerajaan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh . klau xsilap semua hosp kerajaan ada optom. Tp tmpat xbyk sgt.

      Delete
    2. skrg dh berlaku pembekuan staff, tiada pnmbhn jwtn utk sektor kerajaan mlainkan ada yg staff senior yg dh tamat perkhidmatan yg kta bole replace tmpt dia. ni bukn tuk kos opto je.. includes smua kos.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam. Kalau level matrikulasi tak ambil phy ada chance tak utk further deg opto? tq

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.nak tanya.knapa opto ni lbih kpd physics? Bkn lbih ke bio? Mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lebih bio sebb most subject involve bio cam anatomy, physiology, ocular disease, farmacology.

      tp dia ada sket physic time awl2 blaja.. esp subjek visual optic.. just blaja konsep cahaya msuk ke mata mlalui lens.. brapa calculation utk focal length. xsilap time form5 ada blaja sket time physic dlu.

      Delete
  10. Salam akak.
    Saye ade bace blog akak yg pasal kos optimetri
    saye lepasan matrikulasi ambik sains.
    So, kos ni ade biology ke? Kt matrik saye xambik biology. SPM pun xambik biology.
    Boleh ke apply wlaupun xde basic bio?

    ReplyDelete
  11. Assalam,,kalau smbung opto di kolej swasta,,mudah tak dapat kerja nanti?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam nk tanya, kalau lepasan spm mcmana nak masuk ke matrikiulasi ukm ? sebelum masuk ke sarjana muda optimetri seperti yg awk nyatakan kat atas tu.

    ReplyDelete
  14. Salam. Nak tanya.. Kalau rabun warna boleh x apply utk jd pegawai optometris?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum nak tanya,boleh tak terangkan pula mengenai kerjaya neuropsychologist dan pathway kerjaya tersebut

    ReplyDelete
  16. Hai assalamualaikum, saya diploma kos civil engineering, dan kalau nk amik degree kos optom ni boleh ke?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,mcm mna ya mau jdi juruoptik.. tmpat mna ya sesuai utk amik kos ne.?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,mcm mna ya mau jdi juruoptik.. tmpat mna ya sesuai utk amik kos ne.?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, saya tak pernah ambil bio or Fizik tapi saya cuma hanya ada pengalaman bekerja. jadi adakah saya juga berpeluang menceburi bidang ini?

    ReplyDelete
  20. kalau nak jadi optometrist kena ambil bio,fizik dan kimia semasa sek menengah ke?

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Kalau lepas spm terus masuk u luar negara boleh kan pastu terus kerja

    ReplyDelete
  23. Kalau spm bio chemist addmath C and cgpa bwh 3.5 ada peluang tak utk dpt kos ni ?

    ReplyDelete