Aku
cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu
hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis
ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja
dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di
tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang
sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit
ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya
menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk
memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah
rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan
pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap
tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas
selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti
menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit
menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik
terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah
sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar
kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak
lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba
kami ubati. Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak
mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung
sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan
kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah
berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri
kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa
adik dibelasah kerana mempertahankan aku, bagaikan baru semalam berlaku. Adik
mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula
ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di
bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar
ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang
bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya
bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.”
"Dimana kita nak
cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari
biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu
ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan
kain pelekatnya dan merenung wajah
emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar
singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup
muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah
terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena
bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada
kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang
bengkak.
"Kakak
perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik
tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya
beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia
lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti
bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain
meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang
menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika
berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau
kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku.
"Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik.
Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur
dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab,
"Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata
kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti
berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih
mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian
adik.
Dalam suara antara dengar dan
tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya,
adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku
sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya
beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak
terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat
ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke
kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding
rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja
teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang
kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik
senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku
bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa
bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti
hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak
dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti
selalu.
Aku berkahwin pada usia
menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada
adik.
"Kalau adik terima jawatan
tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran.
Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana
akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama,
kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung
dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya
dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang
yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab,
"Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah
yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama
bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak
kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah
saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri
sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya
berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat
bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung
bagaikan diserang histeria.
http://beritadomino2o6.blogspot.com/2017/06/menurut-pakar-seks-ini-yang-dipikirkan.html
ReplyDeletehttp://jutawandomino206.blogspot.com/2017/06/foto-hot-siswi-smp-berhubungan-badan.html
http://detik206.blogspot.com/2017/06/sering-di-hooh-oleh-pacar-ibu-siswi-sd.html
http://marimenujudomino206.blogspot.com/2017/06/polisi-tidur-saat-bertugas-jaga-di-pos.html
HALLO TEMAN-TEMAN DAFTARKAN SEGERA DIDOMINO206.COM JUDI ONLINE TEPERCAYA & AMAN 100% !
SANGAT MUDAH MERAIH KEMENANGAN TUNGGU APALAGI AYO BURUAN DAFTARKAN TEMAN-TEMAN^_^
UNTUK PIN BBM KAMI : 2BE3D683