Translate

Saturday, November 3, 2012

PROGRAM ALA-ALA KERJAYA

Program membina kerjaya di Sek Keb Manir, Terengganu pada semester 4.

Berbekalkan ilmu di dada, saya sangat bersyukur kerana dapat belajar serba sedikit tentang ilmu fasilitator di sekolah rendah. Dengan melakukan aktiviti yang diajarkan di dalam kelas selama saya belajar di universiti, Alhamdulillah, saya dapat mengaplikasikannya di luar kelas dan hasilnya kami dapat melaksanakannya dengan jayanya. Perasaan yang begitu seronok, itulah yang saya dapat gambarkan apabila dapat menarik perhatian murid-murid di sekolah tersebut. Gembira sekali apabila saya dapat melihat keceriaan di wajah mereka. Walaupun target sebenar kami adalah untuk murid-murid tahun 6, kami rasakan murid-murid tahun 5 juga perlu diambil perhatian. 

kegembiraan jelas terpancar apabila mendengar tentang kehadiran kami


senaman tomei-tomei dulu

pelbagai jenis trademark ditunjukkan yang menarik perhatian

lukisan yang menarik perhatian

bercita-cita tinggi

tekun mendengar ceramah dari kami

kami berdua

terima kasih murid-muridku sekalian atas kerjasama yang diberikan, semoga
kita berjumpa lagi di masa akan datang, insyaallah.....=)





No comments:

Post a Comment